Tuesday, September 28, 2010

Futsal is my passion

Futsal is my passion,
Everywhere I go everybody talk about it,
When I sleep I dream about it,
When I drank I babling about it,
I half in love with futsal,
Let's keep it secret,
Don't tell my girlfriend,
She gonna kill me.

Sicerely by Emy :)

Monday, September 27, 2010

Budak Setan Tumpaskan Kumpulan "OUT-LAW BOYS"

Ramsey, Izdaidin dan Rashidek merupakan tiga orang sahabat yang selalu mencetuskan masalah di kolej mereka. Pelbagai masalah yang dicteuskan mereka seperti mencuri, bergaduh, membuli pelajar skema, mencuri kertas peperiksaan dan main bola kertas dalam kelas sehinggakan mereka digelar "OUT-LAW BOYS"


"ARGHH ! MAMPUIH KITA ! Kalau esok kita tak antaq assigment En Taqim tu, dia nak bawak kita jumpa Ketua Jabatan" keluh Rashidek yang amat pekat dengan loghat utaranya. Hanya dia dan Ramsey saja yang berasal dari utara manakala Izdaidin merupkan anak jati Kuala Lumpur. "Apa susah kita tiru budak kelas kita punya ar , depa mesti dah siap punya". Ramsey yang bertubuh kecil dan mempunyai wajah ala-ala Cesc Fabregas memang selalu tenang apabila menghadapi situasi sebegini. Izdaidin hanya tersenyum dengan cadangan Ramsey sambil membelek gambar-gambar Famiko perempuan yang diminatinya sejak dari dulu di dalam kamera Nikon DSLR nya . "Okay setuju!" Rashidek yang sudah masak dengan perangai kawan-kawannya itu hanya menurut perintah.


Keesokan harinya mereka bertiga berjumpa dengan Ming Moi, pelajar pintar di kolej mereka. Kehadiran mereka amat tidak disenangi Ming Moi yang sedang asyik melihat lelaki idamannya dari jauh. "Korang nak ape? Nada suara Ming Moi amat tegas. "Ming Moi masih tidak dapat lupakan bagaimana kumpulan "Out-Law Boys" masukkan ubat julap dalam bekas air minumannya sebelum peperiksaan kerana tidak mahu berkomplot untuk meniru dalam peperiksaan. "Kami nak tiru assignment En.Taqim yang kau buat" Izdaidin memberitahu tanpa berselindung.Ming Moi yang tahu akan akibatnya sekiranya menolak permintaan mereka terus memberikan pen-drive yang mempunyai isi assignment En.Taqim dengan mimik muka seperti Ruminah Sidek dalam filem "Jangan Pandang Belakang".

3sekawan itu berlalu meninggalkan Ming Moi dan mencari mangsa lain untuk membuat satu lagi perkara untuk mereka. Mereka ternampak Abu, pelajar skema yang sentiasa bersendirian."Woi Abu mai sini sat!" Rashidek memanggil dengan melambai tangannya ke arah Abu. "Ye nak ape?" Abu sememangnnya beradab dalam pertuturan tapi kadang kala menyakitkan hati."Kau ambek pen-drive ni kau edit assigment En.Taqim lepas tu kau edit sikit-sikit, print, lepas tu kau antar kat En.Taqim".Abu hanya mengangguk tanda setuju kerana takut dengan fizikal Izdaidin yang gempal tapi sasa itu.

"Haa , kan dah setel problem kita, hebat ark idea aku?" Ramsey mendabik dada. "Betoilah , ang hebat ar ramsey" celah Rashidek yang bangga dengan apa yang dilakukannya tadi.

Keesokan harinya En.Taqim memanggil 3sekawan itu. Merekea bertiga seperti sudah tahu apa yang akan berlaku. Mereka melangkah masuk ke bilik En.Taqim setelah mengetuk pintu. Hati mereka kencang ibarat tentera laut yang dikejar jerung. En Taqim menyuruh mereka duduk. Wajah En.Taqim amat bengis sekali. "Kamu tahu kamu dah buat apa?" tanya En.Taqim."Buat kuih ka Encik ? Kalau buat kuih tunggu hari raya la cik". Rashidek membalas jawapan En.Taqim, dia sememangnya budak yang paling loyar buruk walaupun keadaan macamni. "HAHAHAHAHA" mereka bertiga ketawa seakan-akan En.Taqim tiada disitu. "DIAM!!!" Suasana yang gamat tadi seperti suasana di panggung wayang ketika menonton filem Senario Asam Garam bertukar menjadi suasana apabila menonton filem Congkak yang bergenre seram itu. En.Taqim membaling assignment yang ditugaskan kepada mereka."Saya tak terima assignment kamu! Meniru ! Kalau nak meniru pun edit lar dulu ! Saya akan pastikan kamu Failed ! melainkan kamu berubah ! Mereka bertiga hanya mampu menunduk kebawah dan tidak sanggup melihat wajah En.Taqim. Mereka meminta maaf dengan EnTaqim dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan mereka lagi. Berani kerana benar ,tunduk kerana salah dan itulah terjadi kepada mereka.

Sejak kejadian itu mereka berubah menjadi baik dan hanya menumpukan kepada pelajaran walaupun mengganggap Abu sebagai budak setan kerana tidak edit assignment mereka.Walaubagaimanapun mereka berterima kasih pada Abu kerana menyedarkan mereka.

Friday, September 3, 2010

Mer Day Kah ?



Orang nak jadi liar kita pun nak jadi liar. Terlalu lalai dibuai kemerdekaan , sangat bagus ! Bakar bendera sendiri baru Amerika kan? Bila ditegur melenting . Bila dijentik menangis . Dulu orang pijak negara kita, sekarang kita pijak negara sendiri. Benar kata Dr.M Melayu mudah lupa !


Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya retak

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa






Hebatnya budaya barat kan? Sedarlah, anak Malaysia kena ikut cara hidup Malaysia . Merdeka negara x bererti kita bebas dalam semua benda. Merdekakan nafsu, merdekakan jiwa. Selamat Hari Kemerdekaan ke-53.